Tuesday, September 25, 2018

BBM3410/18: Aktivti Minggu Kedua

Assalamualaikum dan berjumpa kita pada minggu yang kedua pula...

Pada minggu kedua, kami semua diajar tentang 5 asas-asas grafik yang perlu diketahui. Antaranya ialah:
1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

Apabila selesai belajar, Prof meminta kami untuk menyiapkan tugasan yang berkaitan tentang barangan yang perlu dibawa pada minggu kedua ini. Oleh itu, saya bersama ahli kumpulan terus ke latar siswa untuk membuat tugasan tersebut dengan cara mencari gambar-gambar pemandangan untuk digunting dan ditampalkan di atas 'mounting board'. Kami membahagikan tugasan ini bersama-sama supaya tugasan ini perlu di siapkan pada hari yang sama sebelum jam 2 petang. Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan mendapat 2 bintang daripada Prof Normaliza :)

Di bawah adalah beberapa keping gambar yang dilakukan oleh ahli kumpulan saya.









Sekian, terima kasih ❤❤

BBM3410/18: Cerita Minggu Pertama

Assalamualaikum semua dan berjumpa pada minggu  yang  pertama ini...

Pada minggu pertama kuliah yang bertarikh 12 September 2018 iaitu pada hari Rabu, seperti biasa Prof  Normaliza masuk ke kelas untuk memberitahu tentang peratusan pemarkahan bagi setiap tugasan yang akan dilakukan serta peratusan untuk peperiksaan akhir yang bakal dilaksanakan.

Setelah itu, Prof meminta saya dan rakan-rakan yang lain untuk menyenaraikan bahan-bahan yang perlu dibawa pada minggu hadapan. Antaranya bahan-bahan yang perlu dibawa adalah:
1.  6 keping 'mounting board' berwarna hitam
2. Gunting
3. UHU 'stick'
4. Pisau
5. Riben
 6. Majalah terpakai yang berbentuk 'glossy


BBM3410/18: Siapa Aku?

Hai dan Assalamualaikum semua yang masih belum lagi mengenali diri saya ✌

Sebelum saya berceloteh lebih panjang izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama penuh saya ialah Dzuraini binti Dzolkefli. Awak semua boleh panggil saya Zu, kalau nak panjang lagi boleh panggil Zuraini 😍

Saya sekarang sedang belajar di sebuah universiti paling popular dalam dunia iaitu Universiti Putra Malaysia dan mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) dan sekarang ini juga tengah sibuk menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir.
Saya berharap dapat menghabiskan pengajian saya di UPM ini dengan jayanya serta dapat menyiapkan PITA dengan lancar dan sempurna. 

Apa pun saya ingin mengucapkan selamat datang ke blog saya ini. Sekian, terima kasih ❤

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...