Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: One Shot

APAKAH ITU ONE SHOT?

Terdapat tiga jenis one shot yang telah dipelajari.

1) One shot one layer

One shot one layer adalah apabila merekodkan muzik video, setiap ahli mestilah terlibat dalam video tersebut. Kedudukan kamera semasa merekodkan video adalah berkedudukan statik di mana hanya meletakkan kamera pada satu posisi sahaja. Semasa merekodkan video tersebut, akan ada pergerakkan keluar masuk di antara ahli kumpulan. Sebagai contoh boleh lihat di youtube berikut:




2) One shot two layer

One shot two layer berlaku dua pergerakkan dalam satu cerita. Di mana seorang seorang akan menyanyikan lagu dan seorang lagi akan melakonkan watak dalam penceritaan tersebut. Jika terdapat pokok bergoyang, kereta bergerak semasa proses merekodkan video tidak akan jadi video one shot two layer. Semasa merekodkan video one shot two layer mestilah di tempat yang sesuai seperti di dalam kelas, dewan, bilik dan tempat-tempat yang tertutup kerana jika merekodkan video di kawasan terbuka tidak menjadikan video one shot two layer.



3) One shot three layer

One shot three layer pula adalah sama seperti one shot two layer, tetapi perbezaannya adalah akan berlaku tiga jenis pergerakkan dalam satu cerita. Sebagai contoh, seorang akan menyanyi lagu, seorang lagi akan melakonkan watak dan seorang lagi melakonkan watak yang lain. Jika tidak ada watak yang lain boleh digantikkan dengan objek yang bergerak semasa proses video tersebut dijalankan.


No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...