APA ITU PAPAN CERITA?
Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasikan konsep reka letak agar setiap reka letak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia.
Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia boleh dikatakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.
Dalam subjek multimedia dalam bahasa juga belajar tentang papan cerita atau e-majalah
Dalam subjek multimedia dalam bahasa juga belajar tentang papan cerita atau e-majalah
Cara-cara untuk membuat e-majalah seperti berikut:
1) Pada muka surat hadapan memaparkan tajuk majalah dan meletakkan gambar yang berkaitan dengan produk yang dijual.
2) Pada halaman kedua meletakkan sidang redaksi iaitu nama-nama ahli yang terlibat dalam menjayakan majalah tersebut.
3) Pada halaman ketiga hingga halaman berikutnya tentang produk-produk yang dijual dengan meletakkan keistimewaan tentang produk tersebut dan harganya.
4) Pada halaman belakang adalah sinopsis tentang majalah yang dibuat.
Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu:
1) Papan cerita Produksi
2) Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
3) Papan Cerita TV
4) Papan Cerita Animatik
5) Papan Cerita Digital
Berdasarkan kelima-lima jenis papan cerita tersebut, kumpulan saya membuat papan cerita lembaran konsep atau lukisan iaitu tentang produk tudung
No comments:
Post a Comment