Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan menceritakan tentang asas grafik.

Grafik berasal dari perkataan Graphikos yang bermaksud melukis atau mewarna. Grafik menekankan kepada aspek kreativiti. Manusia kreatif boleh mencipta dan memanipulasikan sesuati imej dari pelbagai perspektif.

Grafik juga adalah kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang atau perkataan yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu.



Terdapat lima asas grafik yang perlu diketahui.

1) Mudah

Mudah adalah sesuatu gambar tersebut tidak penuh dengan pelbagai jenis gambar. Sebagai contoh di bawah.



2) Keseimbangan

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk dan dengan cara ini mata rasa selesa untuk melihat.


3) Kesesuaian

Gambar tersebut bersesuaian dengan persekitaran dalam gambar tersebut. Sebagai contoh seperti gambar berikut.


4) Warna

Warna pula adalah keseuaian yang ada dalam gambar tersebut. Yang menjadikan gambar tersebut tidak menampakkan begitu serabut apabila melihat. Gambar di bawah adalah contohnya.



5) Teks

Dalam gambar tersebut mempunyai tulisan.



Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah

1) Gunting
2) Gam
3) Mounting Board mestilah bersaiz A4
4) Majalah yang digunakan mestilah bersifat 'glossy' iaitu mempunyai permukaan licin.











No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...