Saturday, December 8, 2018

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)


Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk.



Jarang-jarang dzuraini nak update status kat facebook ni. Tapi ini semua DEMI PROF !!!



Dan saya REDHAAAAAAAAA .......



Saya dah screenshot bukti saya 'update' tentang Prof. 



Prof baca laaa. Kalau boleh komen sekali, sebab Prof tak pernah komen blog saya. 



Hmmmmm cedihhh :(









Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Tanpa Wajah

Video tanpa wajah

- anggota badan sahaja semasa proses video sedang direkodkan. Bagi kumpulan saya telah merekodkan video tanpa wajah dengan tajuk lagu iaitu Menunggu Karma - Nidji.

Dalam video tersebut

- penceritaan tentang karma atau pembalasan.

Oleh itu, semasa proses merekodkan video adalah tentang balasa dendam terhadap rakan.

Fokus utama dalam video tanpa wajah

- Pisau = Barang yang menunjukkan dendam dan mahu membunuh seseorang.


Sebagai contoh dalam video tersebut hanya menunjukkan tangan sahaja dan menunjukkan pergaduhan antara rakan-rakan. 

BBM3410/18: One Shot

APAKAH ITU ONE SHOT?

Terdapat tiga jenis one shot yang telah dipelajari.

1) One shot one layer

One shot one layer adalah apabila merekodkan muzik video, setiap ahli mestilah terlibat dalam video tersebut. Kedudukan kamera semasa merekodkan video adalah berkedudukan statik di mana hanya meletakkan kamera pada satu posisi sahaja. Semasa merekodkan video tersebut, akan ada pergerakkan keluar masuk di antara ahli kumpulan. Sebagai contoh boleh lihat di youtube berikut:




2) One shot two layer

One shot two layer berlaku dua pergerakkan dalam satu cerita. Di mana seorang seorang akan menyanyikan lagu dan seorang lagi akan melakonkan watak dalam penceritaan tersebut. Jika terdapat pokok bergoyang, kereta bergerak semasa proses merekodkan video tidak akan jadi video one shot two layer. Semasa merekodkan video one shot two layer mestilah di tempat yang sesuai seperti di dalam kelas, dewan, bilik dan tempat-tempat yang tertutup kerana jika merekodkan video di kawasan terbuka tidak menjadikan video one shot two layer.



3) One shot three layer

One shot three layer pula adalah sama seperti one shot two layer, tetapi perbezaannya adalah akan berlaku tiga jenis pergerakkan dalam satu cerita. Sebagai contoh, seorang akan menyanyi lagu, seorang lagi akan melakonkan watak dan seorang lagi melakonkan watak yang lain. Jika tidak ada watak yang lain boleh digantikkan dengan objek yang bergerak semasa proses video tersebut dijalankan.


BBM3410/18: Papan Cerita


APA ITU PAPAN CERITA?

Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasikan konsep reka letak agar setiap reka letak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia. 

 Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia boleh dikatakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan  bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Dalam subjek multimedia dalam bahasa juga belajar tentang papan cerita atau e-majalah


Cara-cara untuk membuat e-majalah seperti berikut:

1) Pada muka surat hadapan memaparkan tajuk majalah dan meletakkan gambar yang berkaitan dengan produk yang dijual.

2) Pada halaman kedua meletakkan sidang redaksi iaitu nama-nama ahli yang terlibat dalam menjayakan majalah tersebut.

3) Pada halaman ketiga hingga halaman berikutnya tentang produk-produk yang dijual dengan meletakkan keistimewaan tentang produk tersebut dan harganya.

4) Pada halaman belakang adalah sinopsis tentang majalah yang dibuat. 


Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu:

1) Papan cerita Produksi
2) Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
3) Papan Cerita TV
4) Papan Cerita Animatik
5) Papan Cerita Digital

Berdasarkan kelima-lima jenis papan cerita tersebut, kumpulan saya membuat papan cerita lembaran konsep atau lukisan iaitu tentang produk tudung 


BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan menceritakan tentang asas grafik.

Grafik berasal dari perkataan Graphikos yang bermaksud melukis atau mewarna. Grafik menekankan kepada aspek kreativiti. Manusia kreatif boleh mencipta dan memanipulasikan sesuati imej dari pelbagai perspektif.

Grafik juga adalah kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang atau perkataan yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu.



Terdapat lima asas grafik yang perlu diketahui.

1) Mudah

Mudah adalah sesuatu gambar tersebut tidak penuh dengan pelbagai jenis gambar. Sebagai contoh di bawah.



2) Keseimbangan

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk dan dengan cara ini mata rasa selesa untuk melihat.


3) Kesesuaian

Gambar tersebut bersesuaian dengan persekitaran dalam gambar tersebut. Sebagai contoh seperti gambar berikut.


4) Warna

Warna pula adalah keseuaian yang ada dalam gambar tersebut. Yang menjadikan gambar tersebut tidak menampakkan begitu serabut apabila melihat. Gambar di bawah adalah contohnya.



5) Teks

Dalam gambar tersebut mempunyai tulisan.



Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah

1) Gunting
2) Gam
3) Mounting Board mestilah bersaiz A4
4) Majalah yang digunakan mestilah bersifat 'glossy' iaitu mempunyai permukaan licin.











BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...