Tuesday, October 30, 2018

BBM3410/18: Buat Videoooo Lagii





Memang semester akhir ni keje aku kena buat video je kee? Kali ni kena buat video untuk LAX karaoke pulak. Pehhh memang kelako weh, dengan suara macam ape je semua. hahaha. Tapi tulahh bila buat keje dengan dorang semua seronok je, sebab ape? Ha sebab kami semua satu kepala. Tak banyak kerenah, tak banyak pertikaikan itu ini. Semua jenis sebulat suara. Ala macam cite Wonderpet tu, ala takkan tak pernah tengok. Cite kartun ni dulu kat TV9 je. Aku tengok pun sebab adik aku tengok jeee. Sebab Wonderpet ni tiap kali nak buat keje mesti nyanyi lagu macam ni

"Apa yang penting?'

"KERJASAMA!"

Ok sekian sahaja dari aku. Nanti aku cite lebih-lebih pasal dorang, ada orang menyampah pulak. 








BBM3410/18: Poster


Macam biasa sebelum balik kampung kena la siapkan semua tugasan kan? Kalau tidak, tak tenang hidup kat kampung ni kalau tak siap kerja. Dah la Prof pun banyak bagi keje. Ehh maaf Prof terkutuk pulak, hehehe :p

Jadi, aku nak tunjukkan poster yang kumpulan aku buat. Poster ni untuk subjek Etika dan Moral Dalam Penerbitan. Sape lagi yang ajar subjek ni kalau bukan Dr. Jamayah. 


Aku rasa poster ni dah paling cantik, tapi tulahh bila tunjuk kat Dr, dia cakap kena ubah sikit tulisan. Takyah tulis banyak-banyak dalam poster ni. Sape je pun nak baca, engko baca bukan pun malas nak baca poster konon. Poster ni sikit je tulisan dalam tu. Guna ayat ringkas je dan tujuan buat poster ni nak bagi orang faham apa yang engko nak ceritakan. Bukan buat karangan, faham?

Tapi tulah, masa kumpulan aku tunjuk poster ni kat Dr, ada la sorang budak ni gelakkan kita orang sebab salah buat. Eh helloooo engko ingat engko punya poster pun SEMPURNA sangat ke???? 

Dah la aku malas nak marah. Nanti kalau marah aku cepat tua, Ok bye!!!



Ni poster kumpulan aku. Ha cantik ke idokkkk???

BBM3410/18: One Shot Video

Hai korang


Aku hampir terlupa nak cerita pasal minggu lepas punya kerja.


Harap Prof maafkan saya ye, hehe. Sibuk sangat sampai lupa tugasan Prof.


Ok lahh aku nak cerita tugasan minggu lepas. Prof suruh kita orang buat one shot video. Apa tu one shot video? One shot video ni macam kau kena letak kamera tu satu tempat je tak boleh ubah tempat lain atau orang lain tolong pegangkan kamera kau tu. Ha kalau nak tahu lagi kau tanya Pakcik Google jelah, malas aku nak terang panjang-panjang bukannya kau faham pun kan?

Kumpulan aku pilih lagu Tamparan Wanita nyanyian dari kumpulan Elite. Ala kumpulan yang paling awal tersingkir cite Gegar Vaganza tuuu, HAHAHA.

Jadi, masa kita orang nak buat video ni macam-macam hal lah jadi, yela semua pertama kali kot nak kena gedik-gedik buat muzik video ni. Jenuhhhh. Tapi apa pun semua berjalan lancar. Video pun menjadi la jugak. Takpe kali pertama kan, mesti ada cacat cela sikit, HAHAH.


Pakai topeng sebab nak tutup muka. Malu woii haha



Tuesday, October 16, 2018

BBM3410/18: AKU TERTEKAN

Sekarang tengah musim semua orang tertekan sebab PITA. 



Dan aku pun begituuuuuu. BYE !


BBM3410/18: Video LAX


Meh sini aku nak cerita sikit. Hari sabtu malam minggu lepas, aku dengan geng aku nak buat video LAX la untuk hantar minggu depan. Semester kali ni kita orang amik tajuk karaoke jadi kena la nyanyi lagu English. Hmm agak mencabar sikit la sebab minggu ni kita orang pilih tajuk lagu yang susah nak sebut. Betapa susahnya weh nak sebut perkataan tu, hancur terus lagu tu kita orang nyanyi. Padahnya la pilih lagu yang bukan-bukan. Berlagak nak lagu yang susah tapi nak sebut pun tak reti. Hahah. Memang gelak sakan la aku dengan geng aku masa nak nyanyi tu. 



Ni semua peminat tudung bawal Shira. Haha

BBM3410/18: Simpulan Bahasa

Hai semua..

Minggu ni aku nak cerita sikit pasal kelas multimedia hari tu. Prof suruh kita orang amik gambar berdasarkan simpulan bahasa yang kita orang pilih. Setiap kumpulan kena pilih 10 simpulan bahasa. Mula-mula pelik jugak macam mana la nak amik gambar berdasarkan simpulan bahasa tu, pening jugak kepala ni tapi lepas tu Prof tunjuk contohnya macam mana. Prof pun cakap ni fotografi yang terakhir mungkin lepas ni kena buat video pulak jeng jeng jenggg....

Dah la aku malas nak bebel banyak sebab mesti korang pun bosan kan. Nah la aku tunjuk gambar-gambar yang kita orang amik kat Padang Golf tuuuuuu. Ha jangan main-main sambil amik gambar sambil tu la cuci mata sikit  tengok Dato'-Dato' main golf hahahah. 



Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Aku Lapar

Hai korang......

Apa eh aku nak tulis entri kali ni. Sebab aku pun macam takde mood sekarang ni. Aku tetiba lapar weh. Sejak dah lama duduk kat UPM ni aku sampai dah tak tahu nak makan apa. Makanan kat kafe pun entah la makin lama makin tak sedap. Mahal pulak tu. Nak pegi Sri Serdang pun dah jemu jugak tapi kalau kawan aku dah ajak aku ikot je lapar kan, heheh.

Tapi sekarang aku dah pecah rekod tak makan nasi beberapa hari ni agak-agak boleh kurus tak? emmm menung jap nak fikir. hahah.

Aku rindu masakan mak aku sendiri. Sedapnya kalau dapat mak masakan jantung masak gulai lemak, pastu ikan goreng sepat goreng pulak ranggup-ranggup. Ya Allah nikamt dunia dapat makan makanan macam tu. Ehh dah la apa benda aku nak cite ni. Baik aku pegi cari makan. Lapar!




Haaa, korang tak terliur ke? Dah kalau terliur tu pegi masak sendiri. Tu pun nak bagitahu ke? HAHA

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Rindu Kampung

Haii semua, korang sihat ke?

Aku entah kenapa tetiba rasa rindu kat kampung. Korang mesti faham kan perasaan macam tu! Aaaaaaa aku nak balik. Dah la sekarang ni kat kolej takde air tahu! TAKDE AIR! Aku nak mandi macam mana sumpah tak selesa mandi air dalam baldi tu je. Kalau kat kampung aku tak kisah kalau tak mandi pun. Tapi ni kat kolej wehh nak pegi kelas lagi, karang ada pulak lalat kat badan aku ni sebab tak mandi 😒

Pastu sekarang ni pulak musim hujan memang kena la demam pulak. Lagi la aku tak sanggup duduk dalam keadaan macam ni. Bukan nak cakap aku ni anak manja tapi aku sebenarnya dah bosan duduk sini faham? Kau apa tahu? Mentang-mentang ada pakwe kat sini memang la kau seronok duduk sini hahahahah. Eh tetiba nak marah. Rilek aku gurau jeeeeee 😝😝😝

Sebenarnya tu je aku nak bagitau aku rindu kampung aku je, rindu bilik tidur aku, rindu nak masak. Ohh lupa bagitahu aku ni pandai jugak masak walaupun kadang-kadang rasa tu macam tak kena dengan tekak. Tapi boleh la kalau nak kahwin masak untuk laki pulak HAHAHAH. 

Okay laa aku banyak lagi keje nak buat ni. Tu jela entri aku kali ni. Kalau rasa bosan takyah baca sebab ni luahan hati aku je sebab tak dapat balik kampung sebab belambak keje aku kat sini!!! Ok byee


BBM3410/18: Fotografi Flatlay

Assalamualaikum dan bertemu kembali entri pada minggu ini....

Pada minggu ini aku nak cerita sikit tentang pengalaman amik gambar jenis flatlay. Ada empat jenis faltflay yang diajar oleh Prof iaitu pertama flatlay, zero flatlay, half flatlay dan quater flatlay. 

Masa Prof terangkan gambar jenis ape perlu amik, aku dgn kawan aku lambat masuk ke kelas jadi aku tak berapa nak faham apa yang disuruh. Bila dan selesai Prof bagi penerangan, aku dengan kumpulan aku pun amik gambar kat luar kat latar siswa tu. Prof pulak bagi masa sekejap je sampai 12.30 tengahari kena masukkan gambar tu kat Instagram. Gila la kelam-kabut kita orang semua dengan panas teriknya tapi gagah jugak la kan sebab markah. Nanti tak dapat markah jenuh pulak aku hahaha 😝

Bila dah selesai amik semua jenis flatlay, kita orang semua pun terus masukkan gambar kat Instagram. Dengan yakinnya kita orang rasa gambar yang kita orang amik tu betul la takde salah dah pastu ikut apa yang kehendak Prof nak. Tapi....... bila aku tengok kumpulan lain buat lain, pastu nasib ada kawan aku ni rakam apa yang Prof cakap dalam kelas tadi tu. Pastu bila dah dengar haaaa memang betul laaaa salah weh. Terpaksa la buat balik semula gambar flatlay tu. Rupanya kena 1 jenis flatflay 1 produk je. Jadinya kena 20 gambar flatflay la kena amik kan. 

Aku ni baru la nak rehat, tapi sebab salah kena la turun pegi ke Sanggar kat Kolej 14 tu. Masatu dah la baru lepas hujan, pastu masa aku dengan dorang tengah amik gambar pehhh nyamuk berkerumun kat kita orang semua. Dah macam duduk dlaam hutan nyamuk kemain banyak wehh. Aku risau kot kena denggi je hahahahah. Sampai kawan aku cakap "karang tak pasal masuk berita budak multimedia kena denggi sebab amik gambar flatlay". hahahahahaha kita orang pun apa lagi gelak terbahak-bahak bila dengar kawan aku cakap macam tu. 

Tapi, bagi aku ni semua pengalaman untuk aku masa tengah belajar ni. Nanti dah habis belajar sibuk nak rindu-rindu pulak kan. Jadi, manfaatkan jela pengalaman macam ni sebaik mungkin. Kat bawah ni antara gambar-gambar semasa amik gambar flatflay pastu contoh-contoh setiap jenis flatlay. 

Masa ni saja cuba dulu amik gambar produk dalam kelas.

Di sebalik tabir, hehehe



Flatlay

Half flatlay

Quater flatlay

Zero flatlay




Tuesday, October 2, 2018

BBM3410/18: Fotografi

Selamat pagi semua. Ehh pagi ke tengahari sekarang ni?


Pada minggu lepas, aku dengan kumpulan aku gigih ambik gambar untuk 6 jenis fotografi. Yang pertama, mug shot, yang kedua medium shot, potrait, long shot, bird's eye view dan over the shoulder. 

Pengalaman yang aku dapat dari kisah minggu lepas sangat-sangat seronok walaupun penat sebab kelas dari pagi sampai petang tapi demi tugasan Prof aku dengan kawan-kawan aku gagahkan jugak. 

Kami semua ke Bukit Ekspo untuk mengambil beberapa jenis gambar yang Prof inginkan untuk dimuatnaik ke Instagram. Jenuh kot nak ambik jenis-jenis fotografi ni. Macam-macam gaya ada kawan-kawan aku ni buat. Naik gila aku dengan dorang semua. 

Akan aku simpan kenangan macam ni sampai bila-bila. 

BBM3410/18: Kawan ke Lawan?

Cerita minggu ini aku nak cerita sikit pasal kawan-kawan yang ade dengan aku kat UPM ni. Kalau dalam lagu ada kisah pasal 10 budak hitam tapi kali ni aku nak cerita 4 budak sakit mental.

Mereka yang aku maksudkan Dini, Shu, Nani dan Shira. Orang yang sentiasa buat aku gelak sampai keluar air mata aku, gelak sampai tak dengar suara semua jadi sebab budak 5 ketul tu. 

Tapi, adatlah dalam berkawan kan, kadang-kadang ada yang terasa hati, sentap, terasa itu ini nama pun perempuan emosi tak menetu, hahahahahah. Tapi tu semua skeejap je. Mana boleh gaduh lama-lama sebab semuanya jenis masuk air je. Aku harap nanti kalau korang baca cerita aku ni korang kena hargai sikit hahahaha ingat senang ke aku nak buat cerita pasal 4 budak sakit mental ni. Dah la tu je nak cerita, nanti kalau cerita lagi panjang korang menangis pulak. Byeee ❤❤❤

BBM3410/18: Pesta makanan

Hai bertemu kembali pada minggu keempat...


Pada minggu ketiga iaitu pada hari Selasa, aku dan kumpulan aku berjemur di tengah panas untuk mengambil 10 keping gambar demi Prof tersayang. Prof menyuruh aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk memuat naik 10 keping gambar kat Instagram. Jadinyaa, aku dengan geng aku pun gigih la ambik gambar sekitar jualan pesta makanan tu berlangsung. Tapi, sebelum berjemur kat tengah panas tu, aku dengan kawan-kawan yang lain masuk dulu ke dewan untuk perasmian. Perasmian tu okay je takde lah bosan sangat sebab ada orang nyanyi taktau sape entah orang tu, haha. Lepas dah selesai perasmian tu, semua berebut nak ambik gambar dengan Prof pulak sebagai bukti kami semua datang ke perasmian tadi tu. Bila dan selesai semua, aku dengan kawan yang lain pegi la tapak pesta makanan tu dekat kat rumah warisan tu. Bayangkan kena terpacaktengah panas dengan berpeluh-peluh.Jenuh jugak la nak buat gaya sebab Prof nak 10 keping gambar. Tapi, akhirnya dapat jugak gambar. Entah pape je gambar aku ambik. Ahh janji cukup 10 keping. Ok dah nanti sambung lagi. 

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...