Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Fotografi Flatlay

Assalamualaikum dan bertemu kembali entri pada minggu ini....

Pada minggu ini aku nak cerita sikit tentang pengalaman amik gambar jenis flatlay. Ada empat jenis faltflay yang diajar oleh Prof iaitu pertama flatlay, zero flatlay, half flatlay dan quater flatlay. 

Masa Prof terangkan gambar jenis ape perlu amik, aku dgn kawan aku lambat masuk ke kelas jadi aku tak berapa nak faham apa yang disuruh. Bila dan selesai Prof bagi penerangan, aku dengan kumpulan aku pun amik gambar kat luar kat latar siswa tu. Prof pulak bagi masa sekejap je sampai 12.30 tengahari kena masukkan gambar tu kat Instagram. Gila la kelam-kabut kita orang semua dengan panas teriknya tapi gagah jugak la kan sebab markah. Nanti tak dapat markah jenuh pulak aku hahaha 😝

Bila dah selesai amik semua jenis flatlay, kita orang semua pun terus masukkan gambar kat Instagram. Dengan yakinnya kita orang rasa gambar yang kita orang amik tu betul la takde salah dah pastu ikut apa yang kehendak Prof nak. Tapi....... bila aku tengok kumpulan lain buat lain, pastu nasib ada kawan aku ni rakam apa yang Prof cakap dalam kelas tadi tu. Pastu bila dah dengar haaaa memang betul laaaa salah weh. Terpaksa la buat balik semula gambar flatlay tu. Rupanya kena 1 jenis flatflay 1 produk je. Jadinya kena 20 gambar flatflay la kena amik kan. 

Aku ni baru la nak rehat, tapi sebab salah kena la turun pegi ke Sanggar kat Kolej 14 tu. Masatu dah la baru lepas hujan, pastu masa aku dengan dorang tengah amik gambar pehhh nyamuk berkerumun kat kita orang semua. Dah macam duduk dlaam hutan nyamuk kemain banyak wehh. Aku risau kot kena denggi je hahahahah. Sampai kawan aku cakap "karang tak pasal masuk berita budak multimedia kena denggi sebab amik gambar flatlay". hahahahahaha kita orang pun apa lagi gelak terbahak-bahak bila dengar kawan aku cakap macam tu. 

Tapi, bagi aku ni semua pengalaman untuk aku masa tengah belajar ni. Nanti dah habis belajar sibuk nak rindu-rindu pulak kan. Jadi, manfaatkan jela pengalaman macam ni sebaik mungkin. Kat bawah ni antara gambar-gambar semasa amik gambar flatflay pastu contoh-contoh setiap jenis flatlay. 

Masa ni saja cuba dulu amik gambar produk dalam kelas.

Di sebalik tabir, hehehe



Flatlay

Half flatlay

Quater flatlay

Zero flatlay




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...