Saturday, December 8, 2018

BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)


Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk.



Jarang-jarang dzuraini nak update status kat facebook ni. Tapi ini semua DEMI PROF !!!



Dan saya REDHAAAAAAAAA .......



Saya dah screenshot bukti saya 'update' tentang Prof. 



Prof baca laaa. Kalau boleh komen sekali, sebab Prof tak pernah komen blog saya. 



Hmmmmm cedihhh :(









Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Tanpa Wajah

Video tanpa wajah

- anggota badan sahaja semasa proses video sedang direkodkan. Bagi kumpulan saya telah merekodkan video tanpa wajah dengan tajuk lagu iaitu Menunggu Karma - Nidji.

Dalam video tersebut

- penceritaan tentang karma atau pembalasan.

Oleh itu, semasa proses merekodkan video adalah tentang balasa dendam terhadap rakan.

Fokus utama dalam video tanpa wajah

- Pisau = Barang yang menunjukkan dendam dan mahu membunuh seseorang.


Sebagai contoh dalam video tersebut hanya menunjukkan tangan sahaja dan menunjukkan pergaduhan antara rakan-rakan. 

BBM3410/18: One Shot

APAKAH ITU ONE SHOT?

Terdapat tiga jenis one shot yang telah dipelajari.

1) One shot one layer

One shot one layer adalah apabila merekodkan muzik video, setiap ahli mestilah terlibat dalam video tersebut. Kedudukan kamera semasa merekodkan video adalah berkedudukan statik di mana hanya meletakkan kamera pada satu posisi sahaja. Semasa merekodkan video tersebut, akan ada pergerakkan keluar masuk di antara ahli kumpulan. Sebagai contoh boleh lihat di youtube berikut:




2) One shot two layer

One shot two layer berlaku dua pergerakkan dalam satu cerita. Di mana seorang seorang akan menyanyikan lagu dan seorang lagi akan melakonkan watak dalam penceritaan tersebut. Jika terdapat pokok bergoyang, kereta bergerak semasa proses merekodkan video tidak akan jadi video one shot two layer. Semasa merekodkan video one shot two layer mestilah di tempat yang sesuai seperti di dalam kelas, dewan, bilik dan tempat-tempat yang tertutup kerana jika merekodkan video di kawasan terbuka tidak menjadikan video one shot two layer.



3) One shot three layer

One shot three layer pula adalah sama seperti one shot two layer, tetapi perbezaannya adalah akan berlaku tiga jenis pergerakkan dalam satu cerita. Sebagai contoh, seorang akan menyanyi lagu, seorang lagi akan melakonkan watak dan seorang lagi melakonkan watak yang lain. Jika tidak ada watak yang lain boleh digantikkan dengan objek yang bergerak semasa proses video tersebut dijalankan.


BBM3410/18: Papan Cerita


APA ITU PAPAN CERITA?

Papan cerita adalah himpunan lakaran rupa bentuk skrin-skrin paparan yang digunakan dalam aplikasi multimedia. Dalam melakar papan cerita kita perlu mengaplikasikan konsep reka letak agar setiap reka letak itu memberi fungsi yang baik pada setiap paparan multimedia tersebut. Papan cerita adalah lakaran imaginasi tentang apa yang hendak dipaparkan dalam satu persembahan aplikasi multimedia. 

 Papan cerita adalah satu siri lakaran bagi menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Ia boleh dikatakan sebagai susunan grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipersembahkan  bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik atau media interaktif. Papan cerita juga merupakan susunan visual yang membolehkan pengaturcara perisian menjalankan tugas pengarangan dengan licin dan teratur.

Dalam subjek multimedia dalam bahasa juga belajar tentang papan cerita atau e-majalah


Cara-cara untuk membuat e-majalah seperti berikut:

1) Pada muka surat hadapan memaparkan tajuk majalah dan meletakkan gambar yang berkaitan dengan produk yang dijual.

2) Pada halaman kedua meletakkan sidang redaksi iaitu nama-nama ahli yang terlibat dalam menjayakan majalah tersebut.

3) Pada halaman ketiga hingga halaman berikutnya tentang produk-produk yang dijual dengan meletakkan keistimewaan tentang produk tersebut dan harganya.

4) Pada halaman belakang adalah sinopsis tentang majalah yang dibuat. 


Terdapat pelbagai jenis papan cerita yang boleh digunakan iaitu:

1) Papan cerita Produksi
2) Papan cerita Lembaran Konsep atau Lukisan
3) Papan Cerita TV
4) Papan Cerita Animatik
5) Papan Cerita Digital

Berdasarkan kelima-lima jenis papan cerita tersebut, kumpulan saya membuat papan cerita lembaran konsep atau lukisan iaitu tentang produk tudung 


BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum...

Hari ini saya akan menceritakan tentang asas grafik.

Grafik berasal dari perkataan Graphikos yang bermaksud melukis atau mewarna. Grafik menekankan kepada aspek kreativiti. Manusia kreatif boleh mencipta dan memanipulasikan sesuati imej dari pelbagai perspektif.

Grafik juga adalah kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang atau perkataan yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea kepada penerima maklumat dalam situasi tertentu.



Terdapat lima asas grafik yang perlu diketahui.

1) Mudah

Mudah adalah sesuatu gambar tersebut tidak penuh dengan pelbagai jenis gambar. Sebagai contoh di bawah.



2) Keseimbangan

Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk dan dengan cara ini mata rasa selesa untuk melihat.


3) Kesesuaian

Gambar tersebut bersesuaian dengan persekitaran dalam gambar tersebut. Sebagai contoh seperti gambar berikut.


4) Warna

Warna pula adalah keseuaian yang ada dalam gambar tersebut. Yang menjadikan gambar tersebut tidak menampakkan begitu serabut apabila melihat. Gambar di bawah adalah contohnya.



5) Teks

Dalam gambar tersebut mempunyai tulisan.



Antara bahan-bahan yang perlu disediakan adalah

1) Gunting
2) Gam
3) Mounting Board mestilah bersaiz A4
4) Majalah yang digunakan mestilah bersifat 'glossy' iaitu mempunyai permukaan licin.











Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Photoshop


Kelas online hari ni Prof suruh buat tutorial membuat kalendar menggunakan Adobe Photoshop.



Selamat menonton teman-teman :)




DZURAINI BINTI DZOLKEFLI (185991)

*Video agak kurang sikit kualitinya, hihihi

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Terasa Disayangi?

Ewah ewahh tajuk kemain. HAHAH


Takdelahh nak cite sebab aku kena paksa balik kampung dengan kakak abang aku. Nampak sangat aku masih diperlukan dan masih disayangi hihihihi ❤


Masalah sekarang aku banyak keje! PITA tak jalan lagi, tugasan Prof pun tak siap lagi. Fuhh mencabar betul sem akhir ni!




TAPI....




Kalau aku tak balik rugi pulak sebab dorang buat makan-makan. MAKAN kot sape je taknak.




Perlu ke aku buat solat istikharah nak mintak petunjuk??




Kahkahkahkah *over






OK BYE!

Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Demi secebis markah


Hari ni hari malang untuk aku. Nak tahu kenapa? Hah sebab buku ni BOOM ni la. Pagi tadi sebelum nak pegi kelas aku dah simpan buku ni dalam beg, entah macam mana aku boleh keluarkan balik pastu tinggalkan je dalam bilik. Sebab aku fikir tak guna pun kalau dalam kelas.

Nak dijadikan cite, haa Prof nak tengok sorang-sorang sape yang tak bawak buku ni hilang 2 markah. 2 MARKAH wehhh berharga tu untuk aku. Nasib la Prof baik hati suruh kita orang balik ambik buku ni tunjuk kat Prof. Fuh!

Kita orang pun apa lagi pecut la balik bilik semata-mata nak ambik buku ni.

Dan sekarang jadi pengajaran jugak untuk aku jangan tinggalkan buku ni lagi. Ha memang tak laa, nak tido pun peluk jugak buku ni takot hilang, HAHAHAH. 



BBM3410/18: Twitter



Prof ohhh Prof.....


Ni bukti setiap hari saya tweet tau. Prof tengok laaa banyak tak saya tweet dan retweet, hehe. 











Sunday, November 11, 2018

BBM3410/18: LAX is Over


Maka hari ini dengan rasminya tamatlah segala video LAX2005. Takde dah kena hafal skrip kena nyanyi lagu English dan seangkatan dengannya. Terima kasih untuk segalanya sahabat. Semoga semua ini dapat dijadikan sebagai kenangan untuk kita semua nanti. 



SAYANG SELALU ❤❤❤❤❤




BBM3410/18: Cuti dah habis bro!


Okay semua sedarlah diri bahawa cuti midsem telah meninggalkan kita. HAHA





Jadi, apa lagi bermulalahh episod stress nak buat PITA, tugasan dan segala jenis tugasan yang ada. Ok bye!



BBM3410/18: Prof masuk TV!


Yeayy Prof masuk TV!!!



Walaupun bukan aku yang masuk tv tu tapi aku bangga Prof yang aku kenal ni ada dalam tv. Gigih la aku bangun pagi-pagi nak ambik gambar Prof kat tv. Tak pernah weh aku bukak tv Al Hijrah ni tapi demi markah demi Prof aku sanggup.



Ha tengok la gambar Prof tu bukan main comel lagi tu. Pipi merah-merah bibir pun merah-merah, hehe.



Haa Prof senyum apa tu?


Prof memang sentiasa comel lahhhh

BBM3410/18: Belajar masak

Eh haii jumpa lagi semua....

Jadi cuti mid sem ni nak buat apa je kat rumah kalau bukan kena belajar masak. 

Bunyi macam best MEMASAK tapi kalau masakan yang kau masak tu tak kena dengan tekak bapak kau sendiri memang habislahhh membebel je. 

Ha tapi aku tak kisah sangat walaupun SENTAP hahah sebab aku tahu bapak aku memang jujur orangnya. 

Jadi, sebab tulahh bila waktu balik kampung aku akan pergi ke dapur tolong mak aku apa yang patut. Yelahh nanti nak kawen senang, takkan aku nak cari bibik pulak nak masak untuk laki aku kan. Hmm tu jelahh. Ok bye ✌

BBM3410/18: Kenduri

Okay nak cite sikit masa cuti seminggu hari tu, kakak aku ada buat kenduri sikit sebab dia pun baru mula bukak kedai. Haa sesiapa yang buat baju ke, design pape ke boleh la suruh kakak aku buatkan. Tapi kedai dia kat Seri Iskandar, Perak.

Kedai ni kakak aku dengan laki dia je yang keje. Takde ambik pekerja pun sebab aku dah pesan awal-awal, biar aku je keje dengan dia nanti. Boleh la gaji tu tinggi sikit, heheh.

Jadi, kenduri ni sekalikan sambut hari jadi anak dia sape lagi kalau bukan Zara dengan adik aku. Dorang berdua ni sama je tarikh lahirnya 17/10 tapi tahun lain la.

Memang best kenduri kali ni sebab ada member-member motor abang ipar aku. Dorang konvoi sama-sama. Aku harap nanti aku kawen pun abang ipar aku ajak geng motor dia datang HAHAH. Best weh sebab kenduri tu jadi lagi meriah bila ramai yang datang dengan bunyi motor tu. Pehhhh. Ok lah aku pun taknak cite panjang, aku letak gambar je kat bawah ni :)


Kakak aku dengan famili dia. Pemilik kedai ONE TOUCH PRIDE



Antara tetamu yang hadir


Ni banner untuk kedai kakak aku. Apa-apa boleh hubungi nombor yang tertera :)


Ni laaa anak dia Zara. Anak buah yang paling aku sayang



Wednesday, November 7, 2018

BBM3410?18; Tanda OK

Hai korang,,

Aku nak cite la sikit, minggu 8 Prof cakap kalau nak batal kelas hari Isnin kena ambik gambar tanda OK. Jadi, aku pun dari bangun tido terus la keluar rumah ambik gambar tangan ni. Yang jiran depan rumah aku pulak sibuk duk tanya buat apa ambik gambar tangan macam tu. Eh aku ke pun dia ni sibuk jelahh. Aku pun jawab lah saya nak kelas batal makcik oii.




Eh macam cantik pulak gambar depan rumah aku ni

Tuesday, October 30, 2018

BBM3410/18: Buat Videoooo Lagii





Memang semester akhir ni keje aku kena buat video je kee? Kali ni kena buat video untuk LAX karaoke pulak. Pehhh memang kelako weh, dengan suara macam ape je semua. hahaha. Tapi tulahh bila buat keje dengan dorang semua seronok je, sebab ape? Ha sebab kami semua satu kepala. Tak banyak kerenah, tak banyak pertikaikan itu ini. Semua jenis sebulat suara. Ala macam cite Wonderpet tu, ala takkan tak pernah tengok. Cite kartun ni dulu kat TV9 je. Aku tengok pun sebab adik aku tengok jeee. Sebab Wonderpet ni tiap kali nak buat keje mesti nyanyi lagu macam ni

"Apa yang penting?'

"KERJASAMA!"

Ok sekian sahaja dari aku. Nanti aku cite lebih-lebih pasal dorang, ada orang menyampah pulak. 








BBM3410/18: Poster


Macam biasa sebelum balik kampung kena la siapkan semua tugasan kan? Kalau tidak, tak tenang hidup kat kampung ni kalau tak siap kerja. Dah la Prof pun banyak bagi keje. Ehh maaf Prof terkutuk pulak, hehehe :p

Jadi, aku nak tunjukkan poster yang kumpulan aku buat. Poster ni untuk subjek Etika dan Moral Dalam Penerbitan. Sape lagi yang ajar subjek ni kalau bukan Dr. Jamayah. 


Aku rasa poster ni dah paling cantik, tapi tulahh bila tunjuk kat Dr, dia cakap kena ubah sikit tulisan. Takyah tulis banyak-banyak dalam poster ni. Sape je pun nak baca, engko baca bukan pun malas nak baca poster konon. Poster ni sikit je tulisan dalam tu. Guna ayat ringkas je dan tujuan buat poster ni nak bagi orang faham apa yang engko nak ceritakan. Bukan buat karangan, faham?

Tapi tulah, masa kumpulan aku tunjuk poster ni kat Dr, ada la sorang budak ni gelakkan kita orang sebab salah buat. Eh helloooo engko ingat engko punya poster pun SEMPURNA sangat ke???? 

Dah la aku malas nak marah. Nanti kalau marah aku cepat tua, Ok bye!!!



Ni poster kumpulan aku. Ha cantik ke idokkkk???

BBM3410/18: One Shot Video

Hai korang


Aku hampir terlupa nak cerita pasal minggu lepas punya kerja.


Harap Prof maafkan saya ye, hehe. Sibuk sangat sampai lupa tugasan Prof.


Ok lahh aku nak cerita tugasan minggu lepas. Prof suruh kita orang buat one shot video. Apa tu one shot video? One shot video ni macam kau kena letak kamera tu satu tempat je tak boleh ubah tempat lain atau orang lain tolong pegangkan kamera kau tu. Ha kalau nak tahu lagi kau tanya Pakcik Google jelah, malas aku nak terang panjang-panjang bukannya kau faham pun kan?

Kumpulan aku pilih lagu Tamparan Wanita nyanyian dari kumpulan Elite. Ala kumpulan yang paling awal tersingkir cite Gegar Vaganza tuuu, HAHAHA.

Jadi, masa kita orang nak buat video ni macam-macam hal lah jadi, yela semua pertama kali kot nak kena gedik-gedik buat muzik video ni. Jenuhhhh. Tapi apa pun semua berjalan lancar. Video pun menjadi la jugak. Takpe kali pertama kan, mesti ada cacat cela sikit, HAHAH.


Pakai topeng sebab nak tutup muka. Malu woii haha



Tuesday, October 16, 2018

BBM3410/18: AKU TERTEKAN

Sekarang tengah musim semua orang tertekan sebab PITA. 



Dan aku pun begituuuuuu. BYE !


BBM3410/18: Video LAX


Meh sini aku nak cerita sikit. Hari sabtu malam minggu lepas, aku dengan geng aku nak buat video LAX la untuk hantar minggu depan. Semester kali ni kita orang amik tajuk karaoke jadi kena la nyanyi lagu English. Hmm agak mencabar sikit la sebab minggu ni kita orang pilih tajuk lagu yang susah nak sebut. Betapa susahnya weh nak sebut perkataan tu, hancur terus lagu tu kita orang nyanyi. Padahnya la pilih lagu yang bukan-bukan. Berlagak nak lagu yang susah tapi nak sebut pun tak reti. Hahah. Memang gelak sakan la aku dengan geng aku masa nak nyanyi tu. 



Ni semua peminat tudung bawal Shira. Haha

BBM3410/18: Simpulan Bahasa

Hai semua..

Minggu ni aku nak cerita sikit pasal kelas multimedia hari tu. Prof suruh kita orang amik gambar berdasarkan simpulan bahasa yang kita orang pilih. Setiap kumpulan kena pilih 10 simpulan bahasa. Mula-mula pelik jugak macam mana la nak amik gambar berdasarkan simpulan bahasa tu, pening jugak kepala ni tapi lepas tu Prof tunjuk contohnya macam mana. Prof pun cakap ni fotografi yang terakhir mungkin lepas ni kena buat video pulak jeng jeng jenggg....

Dah la aku malas nak bebel banyak sebab mesti korang pun bosan kan. Nah la aku tunjuk gambar-gambar yang kita orang amik kat Padang Golf tuuuuuu. Ha jangan main-main sambil amik gambar sambil tu la cuci mata sikit  tengok Dato'-Dato' main golf hahahah. 



Thursday, October 11, 2018

BBM3410/18: Aku Lapar

Hai korang......

Apa eh aku nak tulis entri kali ni. Sebab aku pun macam takde mood sekarang ni. Aku tetiba lapar weh. Sejak dah lama duduk kat UPM ni aku sampai dah tak tahu nak makan apa. Makanan kat kafe pun entah la makin lama makin tak sedap. Mahal pulak tu. Nak pegi Sri Serdang pun dah jemu jugak tapi kalau kawan aku dah ajak aku ikot je lapar kan, heheh.

Tapi sekarang aku dah pecah rekod tak makan nasi beberapa hari ni agak-agak boleh kurus tak? emmm menung jap nak fikir. hahah.

Aku rindu masakan mak aku sendiri. Sedapnya kalau dapat mak masakan jantung masak gulai lemak, pastu ikan goreng sepat goreng pulak ranggup-ranggup. Ya Allah nikamt dunia dapat makan makanan macam tu. Ehh dah la apa benda aku nak cite ni. Baik aku pegi cari makan. Lapar!




Haaa, korang tak terliur ke? Dah kalau terliur tu pegi masak sendiri. Tu pun nak bagitahu ke? HAHA

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Rindu Kampung

Haii semua, korang sihat ke?

Aku entah kenapa tetiba rasa rindu kat kampung. Korang mesti faham kan perasaan macam tu! Aaaaaaa aku nak balik. Dah la sekarang ni kat kolej takde air tahu! TAKDE AIR! Aku nak mandi macam mana sumpah tak selesa mandi air dalam baldi tu je. Kalau kat kampung aku tak kisah kalau tak mandi pun. Tapi ni kat kolej wehh nak pegi kelas lagi, karang ada pulak lalat kat badan aku ni sebab tak mandi 😒

Pastu sekarang ni pulak musim hujan memang kena la demam pulak. Lagi la aku tak sanggup duduk dalam keadaan macam ni. Bukan nak cakap aku ni anak manja tapi aku sebenarnya dah bosan duduk sini faham? Kau apa tahu? Mentang-mentang ada pakwe kat sini memang la kau seronok duduk sini hahahahah. Eh tetiba nak marah. Rilek aku gurau jeeeeee 😝😝😝

Sebenarnya tu je aku nak bagitau aku rindu kampung aku je, rindu bilik tidur aku, rindu nak masak. Ohh lupa bagitahu aku ni pandai jugak masak walaupun kadang-kadang rasa tu macam tak kena dengan tekak. Tapi boleh la kalau nak kahwin masak untuk laki pulak HAHAHAH. 

Okay laa aku banyak lagi keje nak buat ni. Tu jela entri aku kali ni. Kalau rasa bosan takyah baca sebab ni luahan hati aku je sebab tak dapat balik kampung sebab belambak keje aku kat sini!!! Ok byee


BBM3410/18: Fotografi Flatlay

Assalamualaikum dan bertemu kembali entri pada minggu ini....

Pada minggu ini aku nak cerita sikit tentang pengalaman amik gambar jenis flatlay. Ada empat jenis faltflay yang diajar oleh Prof iaitu pertama flatlay, zero flatlay, half flatlay dan quater flatlay. 

Masa Prof terangkan gambar jenis ape perlu amik, aku dgn kawan aku lambat masuk ke kelas jadi aku tak berapa nak faham apa yang disuruh. Bila dan selesai Prof bagi penerangan, aku dengan kumpulan aku pun amik gambar kat luar kat latar siswa tu. Prof pulak bagi masa sekejap je sampai 12.30 tengahari kena masukkan gambar tu kat Instagram. Gila la kelam-kabut kita orang semua dengan panas teriknya tapi gagah jugak la kan sebab markah. Nanti tak dapat markah jenuh pulak aku hahaha 😝

Bila dah selesai amik semua jenis flatlay, kita orang semua pun terus masukkan gambar kat Instagram. Dengan yakinnya kita orang rasa gambar yang kita orang amik tu betul la takde salah dah pastu ikut apa yang kehendak Prof nak. Tapi....... bila aku tengok kumpulan lain buat lain, pastu nasib ada kawan aku ni rakam apa yang Prof cakap dalam kelas tadi tu. Pastu bila dah dengar haaaa memang betul laaaa salah weh. Terpaksa la buat balik semula gambar flatlay tu. Rupanya kena 1 jenis flatflay 1 produk je. Jadinya kena 20 gambar flatflay la kena amik kan. 

Aku ni baru la nak rehat, tapi sebab salah kena la turun pegi ke Sanggar kat Kolej 14 tu. Masatu dah la baru lepas hujan, pastu masa aku dengan dorang tengah amik gambar pehhh nyamuk berkerumun kat kita orang semua. Dah macam duduk dlaam hutan nyamuk kemain banyak wehh. Aku risau kot kena denggi je hahahahah. Sampai kawan aku cakap "karang tak pasal masuk berita budak multimedia kena denggi sebab amik gambar flatlay". hahahahahaha kita orang pun apa lagi gelak terbahak-bahak bila dengar kawan aku cakap macam tu. 

Tapi, bagi aku ni semua pengalaman untuk aku masa tengah belajar ni. Nanti dah habis belajar sibuk nak rindu-rindu pulak kan. Jadi, manfaatkan jela pengalaman macam ni sebaik mungkin. Kat bawah ni antara gambar-gambar semasa amik gambar flatflay pastu contoh-contoh setiap jenis flatlay. 

Masa ni saja cuba dulu amik gambar produk dalam kelas.

Di sebalik tabir, hehehe



Flatlay

Half flatlay

Quater flatlay

Zero flatlay




BBM3410/18: Facebook (Luahan di muka buku)

Buat kali pertamanya aku disuruh oleh Prof untuk meng'update' di facebook pulekk. Jarang-jarang dzuraini nak update statu...